Wednesday 1 April 2015

Lamanya menghilang

Assalamulaikum semua....
lama gila2 saya tak update kat sini, sebenarnya dah hampir terlupa dah kewujudan blog ni. kihkihkih...apesal tetiba saya plak ni?. tapi lagi manis bahasakan saya kan?..ok kalau lagu tu nak bahasakan saya lah lepas ni..Apa agaknya nk conteang kat sini hari ini...
hokey2...tau dah nak cerita apa kat kamu-kamu disana...jom baca...

1. Pindah Jabatan...
Ya betoi saya pindah jabatan baru since 2013 pun...haha. lapuk kot cerita ni. tapi saya nak cerita gak sbb tak pernah cerita pun kan?...dulu saya di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Sekarang saya di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. ha...jauh lari..dati atom p syariah...tapi skop kerja tetap ICT.
Naik pangkat skit ja gred tu...sikit ja..takyah nak bagga sgtlah normah wey...tapi Alhamdulillah...rezeki Allah taala bagi...

2.Tambah anak..
HOH!!! tambah anak...yala..dulu last saya post kat sini anak baru 3. 2013 keluaq mai sorang lagi...jadi 4 la....ermpp...cukup dah kot noh. kalau nak tambah lagi nnt2 kita pikiaq lain...skrg ni saya berdoa agar Allah kurniakan saya rezeki kejayaan dlm perniagaan pulak. minat saya tu...walaupun masih kerja dengan Kerajaan sy tetap nak berniaga. biaq la kecik2 pun...joi ais sekerem malaysia pun takpa..kan..kan...

3. Berniaga
Ha...azam tahun 2015 (bukan azzam...itu en laki) saya dan suami dibantu dengan adik lelaki saya nk mulakan biz pasar malam. kami plan nak joi ayaq jagung spesel...pastu pelan2 kayuh joi cendol denga kuih2. La ni masih dalam perancangan. saya dah mula servey tapak...mggu depan inshaAllah nak p cari perkakas..mc, tong air...meja..payung bagai tu kan...doakan kejayaan saya,suami dan adik saya ya...

4. Kelas kuih talam
hehehe...paln lama dah ni...harap2 tahun ni berhasil. saya nk join kelas kuih2 talam ni...resepi seri muka bonda tercinta dah ada...cuma nk tambah macam2 lagi resepi talam. inshaAllah...dalam bulan 4 ni saya nk join kelas tu...kat Puchong...dokat ja kan..nak berjaya kenalah usaha lebih..penat lebih...bila kejayaan tu tiba barulah syioookkk sebab kita pernah rasa penat jerih dia kan.

ok..sampai sini dulu...nnt saya hapdet cadangan2 dan impian2 di atas na...
ok bye...

Monday 21 November 2011

Durian..

Selamat pagi ollsss....
hari ni aku nak cerita perihal durian. fuuhhh...sapa yg tak suka durian memang rugi yg amat. hari aku bedal setengah biji durian.agak besar la jugak..la ni memang tgh kepnasan dan pening kapla. hah amik kau..padan uka!!time bedal tak beringat. dah panas gini baru nk negulupur. ni pun aku dah siap minum air dlm kulit durian tu. panas gak lagi..korang bayangkan banyak tak banyak aku bedal. bukan apa freeeeeeee...hehehe. budak opis aku bawak. da ada kebun ha kat rumah dia. buah baru kutip pagi tadi. ooomak aiii..sodap sgt la kan...aku siap booking 5 biji buah tu. pergghhh...rasa lomak cam aiskrimm. nyum..nyum..pagi2 aku masuk kampung tu anto anak aku kat pengasuh mesti aku terbau buah durian yg belum di kutip tuan dia. pergghh..sgt rindu kat kg aku la...rindu nak cr durian bawah pokok...rindu nak berkelah kat kebun asmbil tunggu durian luruh. pergghhh..sgt syahdu. itu semua dah tinggal kenangan sbb aku jauh dr kg ku...kg banggol. ha..kan lupa plak aku nak snap gambaq buang sekeping dua. tidak boleh tunjuk kat hangpa...sti hangpa meleleh ayaq liuq punya. huhuhu..takpa..nnt yg aku order tu smp aku tempek kat sini kasi hangpa geram...hahaha. oklah tata..titi..tutu...

Sunday 20 November 2011

...~~>> eMOsI o_o

assalamualaikum semua....hari ni aku nak bercerita tentang anak. entah kenapa seminggu dua ni aku jadi telalu sensitif apa2 yg berkaitan dengan anak. hati aku jadi sayu bila tgk muka anak2. dalam minggu ni dah 2 kali aku menangis depan anak2 sebab anak2. mungkin aku sendiri yang tak pandai kawal emosi aku. tapi memang malu gila aku dengan anak2. tapi mungkin ada sedikit hikmahnya bila kita mengalirkan airmata depan anak2. sebab anak2 akan jadi sedih dan kesian. pastu anak2 akan ubah sikit perangai diorg yang membuatkan kita sedih. jujur aku cakap. memang ada sedikit perubahan. alhamdulillah... hari ni bukan aku nak ceritakan pasai apa aku nangis tu...cuma aku nak berkongsikan petikan dari buku anakku sayang tulisan Ustaz Hj.Hushim Hj. Salleh. untuk panduan kita bersama dalam menguruskan emosi kita sebagai ibubapa yang cemerlang. seoga dengan apa yg aku kongsikan kita sama2 dapat membantu mendidik anak2 dan seterusnya menjadi ibubapa yang dikagumi anak2.

PENGURUSAN EMOSI
 Tips mengawal emosi ketika stress

1. kita perlu peka terhadap emosi kita. jangan pandang ringan sebarang perubahan emosi.
2. sekiranya timbul emosi negatif, segera tenagkan diri. jangan luahkan perasaan secara agresif. jangan biarkan emosi kita mempengaruhi tingkahlaku kita menjadi negatif.
3. fikirkan dengan tenang apa yang menyebabkan emosi itu timbul
4. tenangkan diri, tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan sesuatu yang positif.
5. kita mungkin memerlukan masa berseorangan sekiranya emosi sangat tidak menentu.
6. sekiranya emosi atau kemarahan disebabkan masalah diri sendiri. fikir dengan rasional bagaimana untuk menanggani perasaan tersebut.
7. luahkan perasaan kita kepada seseorang yang boleh dipercayai dan fikirkan cara penyelesaian yang sesuai.
8. sekiranya emosi atau kemarahan disebabkan oleh anak2, pasangan atau org lain, adakan perbincangan bersama.
9. luahkan perasaan kepada yang terlibat dengan terkawal dan amalkan komunikasi berkesan.
10. bincangkan cara penyelesaian yang terbaik bagi kedua-dua pihak. selesaikan konflik secara sihat dan elakkan salah faham.

alhamdulillah..semoga dengan apa yang di kongsikan oleh ustaz hushim kita renungkan bersama dan jadikan panduan untuk kita sama-sama menanggani emosi yang tidak sihat. SELAMAT MENCUBA...

Thursday 17 November 2011

PAD oh PAD

salam jumaat semua....semoga kamo2 lebih diberkati....

hari ni aku malas skit nk wat keje...maka kepala aku mula merewang pikir nak beli tab. tapi apa jenis tab aku nk beli eh???....huhuh..bukan apa terpikir nak beli benda sebab aku dah takder priority tuk guna notebook kat rumah tu. sepanjang malam mr suami guna main poker ( sakit jiwa den)..kalau mr hubby bgn anak jantan aku plak main game. takder peluang lagi...tapi kalau free pun aku jarang pegang sebab kalau aku pegang mesti anak2 comel aku..kedek2 lari nk tgk apa umi dia sedang buat. lagi pening.....kalau aku beli pad plak..mesti akan menjadi mangsa anak teruna aku tu..nak main game...tapi apa2 pun aku like jugak. nk beli gak..senanglah lepas ni aku nk update this my heart. salah satu sebab lagi...sbb aku nk mulakan operasi biz online dengan lebih praktikal dan penuh keazaman lagi....bila dah ada kemudahan yang paling mudah..maka lagi mudah la..tgn aku nk mula wat keje....sekarang ni bila susah nak access internet maka hati aku pun susah la nk ber biz....moga2 Allah permudahkan niat cusi aku ni...amin...pssttt..mana nk cekau duit plak????ASB??? again...habis la..

Wednesday 16 November 2011

Ingin Melihat anak2 Kita Boleh Mmbaca Pada Umur Yang masih Muda???

Dapatkan panduan lengkap di sini...(http://www.babypandaibaca.com/hop.php?ref=normah)
Saya telahpun mendapatkannya untuk di jadikan panduan saya melahirkan anak2 yang bijak. insyaallah...dengan usaha dan doa kita semua ini adalah tidak mustahil. cuma apa yg perlu ada dalam diri kita hanyalah keazaman yang kuat. kesabaran yang tinggi dan jangan sesekali berputus asa. Allah telah jadikan anak2 kecil kita anugerah yang maha hebat. terpulang kepada kita untuk memegang amanah Allah s.w.t ini dengan penuh rasa syukur dan jgn biarkan ianya berlalu tanpa kita mendidik mereka menjadi orang yang berguna. pengalaman saya...anak2 mula menunjukkan minat terhadap semua jenis pembelajaran dan anak saya yg berumur 3 tahun sudah boleh membaca perkataan mudah. alhamdulillah..........
berdasarkan pengalaman benar penulis mengajar bayi kecilnya membaca sebelum usia 1 tahun. Pengalaman mengajar anaknya membaca didedahkan kepada anda semua supaya anak anda juga boleh membaca ketika usia mereka masih bayi lagi. Ikuti langkah-langkah yang diberikan satu persatu agar anda akan memdapat hasil yang sungguh menakjubkan.
Bayi Pandai Baca Merupakan 'Kelebihan' dan menjadi 'Kebanggaan ' Ibu bapa.

Tuesday 15 November 2011

Program Transformasi Birokrat (MOSTi)

Taraaaa...ni ha diantara gambaq2 aku p kurusu kat kem bina negara. syiokkk ugak bila dah lama tak wat aktiviti mcm ni...zaman2 sekolah dulu selalu lah jugak kan. sebelum ni camna nk join...asal kursus lasak ja..aku ngandung...asal xtvt camni ja..aku ngandung..dah! camna nak bersukan camni. sekarang ni amik peluang la...best wooo...

ni dah smp tepi pantai sebelum nak naik kayak setelah dekat 3 kilo berjalan kaki..mau patah lutut aku..huhu


kembang hidaung aih..pulun makan..



tudung melekat...begang telinga aku


ni kawan baru...adik from nuklear malaysia..


cuba tgk gaya aku tu...perghhhhh.....xcited nak berkayak

Thursday 4 August 2011

Ramadhan Al-Mubarak - Kelebihannya

KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.