Sunday 20 November 2011

...~~>> eMOsI o_o

assalamualaikum semua....hari ni aku nak bercerita tentang anak. entah kenapa seminggu dua ni aku jadi telalu sensitif apa2 yg berkaitan dengan anak. hati aku jadi sayu bila tgk muka anak2. dalam minggu ni dah 2 kali aku menangis depan anak2 sebab anak2. mungkin aku sendiri yang tak pandai kawal emosi aku. tapi memang malu gila aku dengan anak2. tapi mungkin ada sedikit hikmahnya bila kita mengalirkan airmata depan anak2. sebab anak2 akan jadi sedih dan kesian. pastu anak2 akan ubah sikit perangai diorg yang membuatkan kita sedih. jujur aku cakap. memang ada sedikit perubahan. alhamdulillah... hari ni bukan aku nak ceritakan pasai apa aku nangis tu...cuma aku nak berkongsikan petikan dari buku anakku sayang tulisan Ustaz Hj.Hushim Hj. Salleh. untuk panduan kita bersama dalam menguruskan emosi kita sebagai ibubapa yang cemerlang. seoga dengan apa yg aku kongsikan kita sama2 dapat membantu mendidik anak2 dan seterusnya menjadi ibubapa yang dikagumi anak2.

PENGURUSAN EMOSI
 Tips mengawal emosi ketika stress

1. kita perlu peka terhadap emosi kita. jangan pandang ringan sebarang perubahan emosi.
2. sekiranya timbul emosi negatif, segera tenagkan diri. jangan luahkan perasaan secara agresif. jangan biarkan emosi kita mempengaruhi tingkahlaku kita menjadi negatif.
3. fikirkan dengan tenang apa yang menyebabkan emosi itu timbul
4. tenangkan diri, tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan sesuatu yang positif.
5. kita mungkin memerlukan masa berseorangan sekiranya emosi sangat tidak menentu.
6. sekiranya emosi atau kemarahan disebabkan masalah diri sendiri. fikir dengan rasional bagaimana untuk menanggani perasaan tersebut.
7. luahkan perasaan kita kepada seseorang yang boleh dipercayai dan fikirkan cara penyelesaian yang sesuai.
8. sekiranya emosi atau kemarahan disebabkan oleh anak2, pasangan atau org lain, adakan perbincangan bersama.
9. luahkan perasaan kepada yang terlibat dengan terkawal dan amalkan komunikasi berkesan.
10. bincangkan cara penyelesaian yang terbaik bagi kedua-dua pihak. selesaikan konflik secara sihat dan elakkan salah faham.

alhamdulillah..semoga dengan apa yang di kongsikan oleh ustaz hushim kita renungkan bersama dan jadikan panduan untuk kita sama-sama menanggani emosi yang tidak sihat. SELAMAT MENCUBA...

1 comment: